Wednesday 18 July 2012

…TENTANG AKU…



…Nyawa diambil perlu diganti…
…Walaupun aku tahu tiada nyawa untuk menghidupkan aku kembali…


Part 1.

ASRAMA LELAKI BLOK B2 ARAS 1 SM TEKNIK PORT DICKSON…
29 MEI 1983

Kosong…. Pandangannya kosong.. tiada apa yang dilihat.. selain hanya samar-samar dari kegelapan.. aku nampak dari luar tapi dia didalam… dalam fikirannya…

KRINGGGG….!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hah…tersentak dia dari mimpi yang kosong permainan syaitan yang melekakan anak adam dari terus bangkit menyahut seruan dariNya…
“Hoittt…ko giler ke ape..??? pekak seyh telinga aku nieh.. sengal lar kau..” teriak dia.
“hehe..sori r bro..bangun lar..jom solat subuh” ujar Hezriq mengajak dia menunaikan solat subuh disurau..
“kot yer pon…bersopan lar sikit kejut orang tuh..” jawab dia sambil menyinga.
“hehe..ok.ok..maaf kan patik tuanku..” Hezriq berseloroh, diikuti dengan tawanya.. dia pun terikut senyum dan tertawa…
Mereka pon bersiap menuju ke rumah ALLAH untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai hamba kepada tuhannya.

                Aku disini dan dia disana, disana…dunia yang penuh dengan kehidupan yang belum pasti. Aku adalah aku, dan dia adalah Razif, seorang remaja yang meningkat dewasa sering aku perhatikan sejak dia masuk ke asrama ini dulu, wajahnya,perwatakannya dan tingkah lakunya sering tak tumpah dengan seorang kenalan yang aku kenal suatu masa dahulu…lama dulu…yang lalu… Tapi itu semua dulu..cerita lalu..pergi bersama masa dan hanya tinggal kenangan yang tak dapat dilupakan… tapi akan aku padam semua itu dengan cerita yang baru..hanya masa akan menjadi saksi.

“Wehh…selipar aku kene rembat lar plak..sialan betul lar sape yang rembat selipar aku nie, miskin sangat ke, selipar pon xleyh nak beli..bangkai punyer budak.” Tiba-tiba dorm aras 1 menjadi hiruk pikuk dengan suara bob si debab yang kedengaran seperti baru kehilangan selipar di surau.
“haha..ape lar budak tuh..orang pergi surau buat amal ibadat, tak guna lar pergi surau sembahyang pastu wat dosa balik.” Tambah Azman, kawan sekelas Hezriq dan Razif yang tinggal di dorm yang sama.
“mana kau tau dia sembahyang..??? entah-entah datang surau merembat selipar orang jer, anak setan dia tuh..hahaha..” gelak Razif sambil mengenakan pakaian seragam sekolah.

Aku cuma mampu pandang dari sudut yang jauh, jauh disana memerhatikan Razif yang masih ketawa gelakan si debab yang baru kehilangan seliparnya. Razif, Hezriq, Azman, Bob dan rakan-rakan sebilik dengan Razif sedang bersiap-siap untuk bersarapan di dewan makan dan terus ke sekolah. Razif seorang pelajar tingkatan 5 mengambil jurusan vokasional automotif, jarak antara sekolah dan asrama cuma lebih kurang 1 kilometer sahaja, asrama hanya dipisahkan dengan padang bola sepak dan beberapa blok rumah guru-guru untuk sampai ke sekolah, dengan itu Razif sememang nya akan berjalan kaki bersama rakan –rakannya yang lain. Dan aku akan tunggu disini, menunggu dia pulang..





Seketika dulu…
ASRAMA LELAKI BLOK B2 ARAS 1 SM TEKNIK PORT DICKSON…

“ermm…Osman, Osman” panggil warden blok B2
“erkk …yer cikgu, ada apa..??” Tanya Osman dalam kebingungan sambil melihat aku yang berada disebelah Cikgu Ramli selaku warden blok B2 ini.
dorm ni masih ada katil kosong kn..?? Cikgu Ramli minta kepastian.
“ermm….” Belum sempat Osman menjawab Cikgu Ramli mencelah
“ni ada junior baru masuk, bagi dia katil kosong dan locker yang ada tuh.” Sambung Cikgu Ramli.
“owhh..ok.” jawab Osman dengan ringkas
“ini senior kamu Osman, dia ketua dorm kat sini,so..kalau ada apa-apa nak tanya, tanya Osman ok. Kalau ada apa-apa nak tanya saya, cari saya di rumah warden..paham..??” Cikgu Ramli memberi keterangan ringkas dan berlalu pergi meninggalkan dorm aras 1 ini. Lirikan anak mataku mengekori langkah Cikgu Ramli. Selangkah terakhir Cikgu Ramli keluar dari dorm ini kedengaran ada suara dalam dorm ini..
“hoiii…lauk sudah mari..lauk sudah mari..”
“Makan besor lar malam nieh…”
“hahahahaha….ada lauk nak kena kerjakan malam nieh..heheh..”
Kedengaran perkataan ‘lauk’ diulang banyak kali dan aku pun perasan ‘lauk’ yang dimaksudkan itu adalah aku. Aku cuma mampu tersenyum paksa, Osman pun memberi senyuman kepada aku dengan riak muka seperti ada sesuatu perancangan dalam fikirannya. Aku hanya berdiam diri sambil mengikut Osman menunjukkan katil aku.
“belah bawah ni katil kau, locker yang ni kau punya” kata Osman sambil menunjukan locker besi yang terbuka luas tidak berkunci.
“terima kasih bang,” ucap aku
“emm…” hanya itu yang dibalas, sambil Osman pun pergi meninggalkan aku.
Dan aku, sibuk mengemas dan membersih tilam dan locker yang diberi. Kadang kala terdengar suara gelak tawa dalam dorm ini dan ada yang memberi pandangan, tak kurang juga yang hanya menjeling, aku hanya balas dengan senyuman, tah apa yang digelakkan pun tak tau lar..aku terus menyiapkan kerja aku..

Selepas solat isyak di surau dan minum malam di dewan makan bersama pelajar yang lain, aku pun terus ke dorm dan berhasrat untuk tidur awal kerana kepenatan mengemas ptg td. Siap aku berkemas untuk ke sekolah esok aku pun terus merebahkan diri diatas tilam, sambil mengelamun dalam kepenatan aku pon terlena diulit mimpi.
…seketika aku terasa sesuatu yang basah mengalir ditubuhku. Aku berasa rimas tersentak dengan bau yang cukup busuk menusuk terus ke hidungku, dek kerana tak tahan aku terus terjaga dari tidur dan semua dalam fikiran aku sebentar tadi menjadi realiti. Aku disiram oleh rakan sebilik dengan air yang aku boleh agak memang air kencing mereka yang bercampur dengan air paip. Aku terus bangun dari tempat tidur aku, serentak dengan itu aku terdengar tapak kaki berlari dan gelak tawa seperti ditahan. Aku terasa terhina sangat, rasa nak menangis pun ada tapi aku cuma menangis dalam diri sendiri. Macam-macam perasaan bercampur baur dalam diri aku, kalau syaitan menguasai aku, nak saja aku ambil pisau tikam mereka semua,namun sabar menguasai diri. Aku terima segalanya sambil membersihkan semua yang terkena air najis itu. Bermacam macam perkataan aku luahkan dalam fikiran aku, rasa tidak senang dengan perbuatan mereka sebentar tadi. Sambil aku mengemas dalam kepenatan, aku tertidur dilantai…

ASRAMA LELAKI BLOK B2 ARAS 1 SM TEKNIK PORT DICKSON…
29 MEI 1983

“hoi gemok ko curik ayam ekk…” kedengaran suara seseorang dari luar bilik.
“haha..mana ada lar..makcik DM tuh yang bagi.” Suara iras seperti bob.
“untung lar ada mak angkat..hahaha…” suara yang lain menyampuk.
“haha…memang lar untung, tengok badan aku bertambah gemok.” Sambung bob.
“ahh..sudah lar ko gemok..makan jer kerja kau.” Aku persis dengan suara ini, suara Razif.
“jeles lar tu…hahahaha…” gelak Bob.
Kedengaran tapak kaki makin lama makin dekat sehingga masuk ke dalam dorm. Seperti yang aku jangka Bob dan Razif baru balik dari sekolah. Dua suara tadi mungkin rakan-rakan mereka yang tinggal di dorm yang berlainan.
Aku hanya mampu melihat telatah mereka yang sempat bergurau senda sambil menuju ke locker masing-masing.
Dushh..krekk…“ahhhhh…..penat nyerrr….” Terkeluar suara Razif sambil membiarkan badannya menghempap tilam. Rutin harian Razif yang hari-hari nampak penat, sudah masak dengan perangai dia. Seketika melihat Razif dalam lamunan, terdengar bunyi tapak kaki menuju ke dorm ini, diiringi gelak tawa bergurau bersama. Semakin lama semakin kuat, terkuak helaian pintu dorm dan terpancul wajah rakan- rakan Razif yang baru pulang dari sekolah atau barangkali baru sahaja selesai makan tengah hari di dewan makan asrama.
Sambil lalu Azman menyapa Bob. “dah makan bob”.
“daahhh” jawab Bob ringkas tapi bernada panjang.
Hezriq pula sebelum singgah ke locker nya sendiri, dia sempat melabuhkan punggungnya ke tilam Razif dengan hasrat untuk mengganggu Razif yang sedang merehatkan matanya.
Hezriq dengan perlahan menghalakan jari telunjuk dan ibu jarinya ke arah muka Razif, dengan pantas Hezriq menutup hidung Razif. Tersentak dek kerana terkejut dengan perbuatan rakannya itu, sepantas kilat dia tersedar terduduk bangun dan tak semena-mena hinggap tapak tangan Razif ke tangan Hezriq. Terpaling tangan Hezriq dengan pukulan yang kuat itu.
“hahahahaha…bangun lar wehh..” kata Hezriq sambil ketawa.
“kau ni kalau tak ganggu hidup aku tak boleh ke ha.??” Soal Razif dalam keadaan marah, walaupun dia tahu kawannya itu hanya bergurau.
“ala..jangan lar marah geng, gurau-gurau jer.” Hezriq sambil tersenyum.
“gurau pun bertempat gak lar, nie macam mintak aku cabutkan nyawa kau jer..” kata Razif.
“aiyooo…ilek lar kawan,kau tak sayang aku ek??” gurau Hezriq.
“kau tu yang dah tak sayangkan nyawa sendiri,hehe..” tambah Razif dengan sedikit ketawa, marahnya hanya seketika.
“hahaha…weh..bangun lar solat zuhur” ajak Hezriq.
“kau tuh pergi solat, aku sebelum naik tadi dah solat kat surau, tak macam kau.” Razif menyinga.
“owh..mana aku tau, aku ajak jer..hehe..” jawab Hezriq.
“lain kali bertanya, bukan main sergah jer.” Tegur Razif.
“alalala…ok.ok. jangan marah yer..sori.sori..hehe..” rayu Hezriq.
“dah lar kau, pergi lar tukar baju tu dulu ker, sibuk kan hal orang je.” Arah Razif.
“baik bos..hehehe…” gurau Hezriq sambil bangun berlalu pergi bersama tawanya.

…“NYAWA” itu yang terpancul keluar dari mulut dia. Dek kerana itu lar aku jadi bergini, nyawa dibuat main. Nyawa juga lar mangsanya. ‘jiwa’ aku menggigil dengar perkataan itu sama seperti sebelum ini, ‘jiwa’ aku menggigil lagi kerana masanya hampir tiba, tapi aku biarkan masa menentukan kerana masa jua lah yang akan menjadi saksi semua kenangan ini. Kau tunggu aku datang…
Setiap kali dia masuk ke dorm ini, aku tak pernah terlepas pandang menatap wajah dia, gerak-gerinya, gelak tawa dia, sebab dia pilihan aku, nyawanya milik aku…


 bersambung....
* * * * *



Saje Suke-Suke :D

name diberi CEKELAT OLEN...hahahaha....
cekelat = cokelat n olen = oren
cokelat nieh leyh dpt kt MILO and oren leyh dpt kt air SUNQUICK ORANGE...ngeh.ngeh.ngeh..
xde spe2 perkenalkan nme nieh kt aQ...sje jer gne....
alkisah nyer sbb mse aQ kicik2 dlu..blom skulah ag...
klo d beri peluang untuk aQ wat air sendri...
komprem aQ akn bancuh air milo ditambahkan dgn sunquick orange...hahahha..
.aQ ase nikmat dier laen lar klo mnum milo sunquick nieh..hehehe..
besh gler...sodap lak ehh aiii...hahahahha....
begitulah asal usul cerite CEKELAT OLEN..hehehhe....
 -TAMMAT