…Nyawa diambil perlu
diganti…
…Walaupun aku tahu tiada
nyawa untuk menghidupkan aku kembali…
Part 1.
ASRAMA LELAKI
BLOK B2 ARAS 1 SM TEKNIK PORT DICKSON…
29 MEI 1983
Kosong…. Pandangannya kosong..
tiada apa yang dilihat.. selain hanya samar-samar dari kegelapan.. aku nampak
dari luar tapi dia didalam… dalam fikirannya…
KRINGGGG….!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hah…tersentak dia dari
mimpi yang kosong permainan syaitan yang melekakan anak adam dari terus bangkit
menyahut seruan dariNya…
“Hoittt…ko giler ke ape..??? pekak seyh telinga aku
nieh.. sengal lar kau..” teriak dia.
“hehe..sori r bro..bangun lar..jom solat subuh” ujar Hezriq
mengajak dia menunaikan solat subuh disurau..
“kot yer pon…bersopan lar sikit kejut orang tuh..”
jawab dia sambil menyinga.
“hehe..ok.ok..maaf kan patik tuanku..” Hezriq
berseloroh, diikuti dengan tawanya.. dia pun terikut senyum dan tertawa…
Mereka pon bersiap menuju ke rumah ALLAH untuk
menunaikan kewajipan mereka sebagai hamba kepada tuhannya.
Aku
disini dan dia disana, disana…dunia yang penuh dengan kehidupan yang belum
pasti. Aku adalah aku, dan dia adalah Razif, seorang remaja yang meningkat
dewasa sering aku perhatikan sejak dia masuk ke asrama ini dulu,
wajahnya,perwatakannya dan tingkah lakunya sering tak tumpah dengan seorang
kenalan yang aku kenal suatu masa dahulu…lama dulu…yang lalu… Tapi itu semua
dulu..cerita lalu..pergi bersama masa dan hanya tinggal kenangan yang tak dapat
dilupakan… tapi akan aku padam semua itu dengan cerita yang baru..hanya masa
akan menjadi saksi.
“Wehh…selipar aku kene rembat lar plak..sialan betul
lar sape yang rembat selipar aku nie, miskin sangat ke, selipar pon xleyh nak
beli..bangkai punyer budak.” Tiba-tiba dorm
aras 1 menjadi hiruk pikuk dengan suara bob si debab yang kedengaran seperti
baru kehilangan selipar di surau.
“haha..ape lar budak tuh..orang pergi surau buat amal
ibadat, tak guna lar pergi surau sembahyang pastu wat dosa balik.” Tambah
Azman, kawan sekelas Hezriq dan Razif yang tinggal di dorm yang sama.
“mana kau tau dia sembahyang..??? entah-entah datang
surau merembat selipar orang jer, anak setan dia tuh..hahaha..” gelak Razif
sambil mengenakan pakaian seragam sekolah.
Aku cuma mampu pandang dari sudut
yang jauh, jauh disana memerhatikan Razif yang masih ketawa gelakan si debab
yang baru kehilangan seliparnya. Razif, Hezriq, Azman, Bob dan rakan-rakan
sebilik dengan Razif sedang bersiap-siap untuk bersarapan di dewan makan dan
terus ke sekolah. Razif seorang pelajar tingkatan 5 mengambil jurusan
vokasional automotif, jarak antara sekolah dan asrama cuma lebih kurang 1
kilometer sahaja, asrama hanya dipisahkan dengan padang bola sepak dan beberapa
blok rumah guru-guru untuk sampai ke sekolah, dengan itu Razif sememang nya
akan berjalan kaki bersama rakan –rakannya yang lain. Dan aku akan tunggu
disini, menunggu dia pulang..
Seketika dulu…
ASRAMA LELAKI
BLOK B2 ARAS 1 SM TEKNIK PORT DICKSON…
“ermm…Osman, Osman” panggil warden blok B2
“erkk …yer cikgu, ada apa..??” Tanya Osman dalam
kebingungan sambil melihat aku yang berada disebelah Cikgu Ramli selaku warden
blok B2 ini.
“dorm ni
masih ada katil kosong kn..?? Cikgu Ramli minta kepastian.
“ermm….” Belum sempat Osman menjawab Cikgu Ramli
mencelah
“ni ada junior baru masuk, bagi dia katil kosong dan locker yang ada tuh.” Sambung Cikgu
Ramli.
“owhh..ok.” jawab Osman dengan ringkas
“ini senior kamu Osman, dia ketua dorm kat sini,so..kalau ada apa-apa nak tanya, tanya Osman ok.
Kalau ada apa-apa nak tanya saya, cari saya di rumah warden..paham..??” Cikgu
Ramli memberi keterangan ringkas dan berlalu pergi meninggalkan dorm aras 1
ini. Lirikan anak mataku mengekori langkah Cikgu Ramli. Selangkah terakhir
Cikgu Ramli keluar dari dorm ini
kedengaran ada suara dalam dorm ini..
“hoiii…lauk sudah mari..lauk sudah mari..”
“Makan besor lar malam nieh…”
“hahahahaha….ada lauk nak kena kerjakan malam
nieh..heheh..”
Kedengaran perkataan ‘lauk’ diulang banyak kali dan
aku pun perasan ‘lauk’ yang dimaksudkan itu adalah aku. Aku cuma mampu
tersenyum paksa, Osman pun memberi senyuman kepada aku dengan riak muka seperti
ada sesuatu perancangan dalam fikirannya. Aku hanya berdiam diri sambil
mengikut Osman menunjukkan katil aku.
“belah bawah ni katil kau, locker yang ni kau punya” kata Osman
sambil menunjukan locker besi yang terbuka luas tidak berkunci.
“terima kasih bang,” ucap aku
“emm…” hanya itu yang
dibalas, sambil Osman pun pergi meninggalkan aku.
Dan aku, sibuk mengemas dan
membersih tilam dan locker yang diberi. Kadang kala terdengar suara gelak tawa
dalam dorm ini dan ada yang memberi
pandangan, tak kurang juga yang hanya menjeling, aku hanya balas dengan
senyuman, tah apa yang digelakkan pun tak tau lar..aku terus menyiapkan kerja
aku..
Selepas solat isyak di surau
dan minum malam di dewan makan bersama pelajar yang lain, aku pun terus ke dorm dan berhasrat untuk tidur awal
kerana kepenatan mengemas ptg td. Siap aku berkemas untuk ke sekolah esok aku
pun terus merebahkan diri diatas tilam, sambil mengelamun dalam kepenatan aku
pon terlena diulit mimpi.
…seketika aku terasa sesuatu
yang basah mengalir ditubuhku. Aku berasa rimas tersentak dengan bau yang cukup
busuk menusuk terus ke hidungku, dek kerana tak tahan aku terus terjaga dari
tidur dan semua dalam fikiran aku sebentar tadi menjadi realiti. Aku disiram
oleh rakan sebilik dengan air yang aku boleh agak memang air kencing mereka
yang bercampur dengan air paip. Aku terus bangun dari tempat tidur aku,
serentak dengan itu aku terdengar tapak kaki berlari dan gelak tawa seperti
ditahan. Aku terasa terhina sangat, rasa nak menangis pun ada tapi aku cuma menangis dalam diri sendiri. Macam-macam perasaan
bercampur baur dalam diri aku, kalau syaitan menguasai aku, nak saja aku ambil
pisau tikam mereka semua,namun sabar menguasai diri. Aku terima segalanya
sambil membersihkan semua yang terkena air najis itu. Bermacam macam perkataan
aku luahkan dalam fikiran aku, rasa tidak senang dengan perbuatan mereka
sebentar tadi. Sambil aku mengemas dalam kepenatan, aku tertidur dilantai…
ASRAMA LELAKI
BLOK B2 ARAS 1 SM TEKNIK PORT DICKSON…
29 MEI 1983
“hoi gemok ko curik ayam
ekk…” kedengaran suara seseorang dari luar bilik.
“haha..mana ada lar..makcik
DM tuh yang bagi.” Suara iras seperti bob.
“untung lar ada mak
angkat..hahaha…” suara yang lain menyampuk.
“haha…memang lar untung,
tengok badan aku bertambah gemok.” Sambung bob.
“ahh..sudah lar ko
gemok..makan jer kerja kau.” Aku persis dengan suara ini, suara Razif.
“jeles lar tu…hahahaha…”
gelak Bob.
Kedengaran tapak kaki makin
lama makin dekat sehingga masuk ke dalam dorm.
Seperti yang aku jangka Bob dan Razif baru balik dari sekolah. Dua suara tadi
mungkin rakan-rakan mereka yang tinggal di dorm
yang berlainan.
Aku hanya mampu melihat
telatah mereka yang sempat bergurau senda sambil menuju ke locker masing-masing.
Dushh..krekk…“ahhhhh…..penat
nyerrr….” Terkeluar suara Razif sambil membiarkan badannya menghempap tilam.
Rutin harian Razif yang hari-hari nampak penat, sudah masak dengan perangai
dia. Seketika melihat Razif dalam lamunan, terdengar bunyi tapak kaki menuju ke
dorm ini, diiringi gelak tawa
bergurau bersama. Semakin lama semakin kuat, terkuak helaian pintu dorm dan terpancul wajah rakan- rakan
Razif yang baru pulang dari sekolah atau barangkali baru sahaja selesai makan
tengah hari di dewan makan asrama.
Sambil lalu Azman menyapa
Bob. “dah makan bob”.
“daahhh” jawab Bob ringkas
tapi bernada panjang.
Hezriq pula sebelum singgah
ke locker nya sendiri, dia sempat
melabuhkan punggungnya ke tilam Razif dengan hasrat untuk mengganggu Razif yang
sedang merehatkan matanya.
Hezriq dengan perlahan
menghalakan jari telunjuk dan ibu jarinya ke arah muka Razif, dengan pantas
Hezriq menutup hidung Razif. Tersentak dek kerana terkejut dengan perbuatan
rakannya itu, sepantas kilat dia tersedar terduduk bangun dan tak semena-mena
hinggap tapak tangan Razif ke tangan Hezriq. Terpaling tangan Hezriq dengan
pukulan yang kuat itu.
“hahahahaha…bangun lar
wehh..” kata Hezriq sambil ketawa.
“kau ni kalau tak ganggu
hidup aku tak boleh ke ha.??” Soal Razif dalam keadaan marah, walaupun dia tahu
kawannya itu hanya bergurau.
“ala..jangan lar marah geng,
gurau-gurau jer.” Hezriq sambil tersenyum.
“gurau pun bertempat gak lar,
nie macam mintak aku cabutkan nyawa kau jer..” kata Razif.
“aiyooo…ilek lar kawan,kau
tak sayang aku ek??” gurau Hezriq.
“kau tu yang dah tak
sayangkan nyawa sendiri,hehe..” tambah Razif dengan sedikit ketawa, marahnya
hanya seketika.
“hahaha…weh..bangun lar solat
zuhur” ajak Hezriq.
“kau tuh pergi solat, aku
sebelum naik tadi dah solat kat surau, tak macam kau.” Razif menyinga.
“owh..mana aku tau, aku ajak
jer..hehe..” jawab Hezriq.
“lain kali bertanya, bukan
main sergah jer.” Tegur Razif.
“alalala…ok.ok. jangan marah
yer..sori.sori..hehe..” rayu Hezriq.
“dah lar kau, pergi lar tukar
baju tu dulu ker, sibuk kan hal orang je.” Arah Razif.
“baik bos..hehehe…” gurau
Hezriq sambil bangun berlalu pergi bersama tawanya.
…“NYAWA” itu yang terpancul
keluar dari mulut dia. Dek kerana itu lar aku jadi bergini, nyawa dibuat main.
Nyawa juga lar mangsanya. ‘jiwa’ aku menggigil dengar perkataan itu sama
seperti sebelum ini, ‘jiwa’ aku menggigil lagi kerana masanya hampir tiba, tapi
aku biarkan masa menentukan kerana masa jua lah yang akan menjadi saksi semua
kenangan ini. Kau tunggu aku datang…
Setiap kali dia masuk ke dorm ini, aku tak pernah terlepas
pandang menatap wajah dia, gerak-gerinya, gelak tawa dia, sebab dia pilihan
aku, nyawanya milik aku…
bersambung....
* * * * *
sedang mengasah bakat terpendam rupenyer...hahahhaa
ReplyDeletehahahaha.... kawan paksa lar... mne reti buat2 karang nieh.. dulu spm pon sket lg nk fail.. HAHAHAA.. :P
ReplyDelete